Thursday, March 07, 2013

NOVEL: PROTECT THE BOSS

Assalamualaikum :D

Protect the Boss?? hahahaha apa tu, nak protect boss sapa plak ni?? hahaha ok2 kau x pyh nk skema lebih mimi. hihihihi *gelak gedik* ok2 kembali serius *berdeham* sebenarnya aku nk cakap pasal novel yg aku baru beli ni.. hehe tajuk dia protect the boss.. ni haa pic novel tu...

Protect the BOSS by Ellyne Alyana

               so sapa dh penah baca and beli novel ni? so far bg aku, novel ni best tp The Wedding Breaker lg lg lg best.. nnt post seterusnya aku buat review psl novel ni k. hehehe.

so ni synopsis yg aku ambik dr belakang novel ni k... 

Tengku Hafifi Hafiz-NurAfifah Alia Aqilla? Gadis yg brutal. hobi utama, 'melipat' orang. Jika diberi pilihan, dia lebih rela digelar teruna tidak laku daripada bergelar suami kepada perempuan yg sering membuatnya meluat dan benci!


NurAfifah Alia Aqilla-Tengku Hafifi Hafiz? Meskipun semua lelaki sudah pupus, hatinya tidak akan sesekali menerima pencinta wanita tegar seperti  Tengku Hafifi Hafiz! Muktamad!

Tengku Adam Haizrill. Seorang lelaki yang setia akan cintanya terhadap Alia, adik angkatnya sendiri. Fif seolah-olah pantulan wajah Alia. Fif menjadikannya seorang lelaki yang tidak pernah kenal erti cukup dalam hidupnya.

Tetapi dapatkah mereka menolak takdir? Kehidupan rumah tangga yang bermula dari pelbagai kenangan pahit bertukar menjadi manis dari hari ke hari...

“Jet’ aime!”

“Hah, Jeti Amer?” aku dah ketawa sakan. Apa masalah Hafiz  pagi-pagi ni? Dia nak mengajak aku memancing di jeti ke?”

Ketika sedang dilamun cinta yang membara... mereka diuji dengan dugaan yang hamper-hampir memusnahkan masjid yang sudah kukuh dibina.

I love you. Tu maksudnya, kan? Fif langsung tak menyangka lelaki yang sombong, berlagak bagus, gedik, buaya antarabangsa, dan tak berapa nak kacak ni jadi suami Fif” -NurAfifah Alia Aqilla-

“Abang lagi tak jangka yang abang akan jatuh cinta dengan perempuan yang bersikap macam tomboy, kaki rempit, minah karate, pemilik mulut yang dah mati insuransnya, dan tak berapa nak cantik!”-Tengku Hafifi Hafiz-

Dapatkah mereka bersama sehingga ke akhirnya/ adakah takdir bakal menyebelahi mereka? Ikutilah kisah suka, duka, romantic dan lucu dalam.... Protect the Boss.


~Do enjoy reading and cpat2 grab this novel kat bookstores yg ada menjual novel hehe aku beli kat Hassani :D~ 


happy reading guys...

No comments:

Post a Comment