Sebenarnya aku nk cita pasal Istanbul, bukan apa lepas tgk cita Istanbul Aku Datang, trus jatuh cinta pandang ke duapulohpatkali. dh la Lisa comel2 ja dlm tu, suka rmbut and beanie yg dia pakai tu. and the best part is istanbul sgt awesome n super duper gorgeous, ni bru tgk kat tv, cuba kalau tgk real, mau jatuh pengsan jatuh pengsan jatuh pengsan. ok sudah mimi, melampau btoi bila nk blakon ni. T_T. tgk ni.. hehe lisa comel kan.
![]() |
| Istanbul Aku Datang. Beto Khushairy, Lisa Surihani, Tomok |
So lpas tgk cita ni, aku dpt 1 lesson yg aku akn ingt, kalau kita cintakan org tu mcm mana skali pun, kalau dia bukan jodoh kita, he'll never be sbb ALLAH dh tetapkan jodoh kita tak kira la kita baru kenal dia or dh kenal bertahun2. masa bukan penjamin masa depan yg bahagia. mmg x dinafikan yg kalau kita kenal org tu, lagi bnyak info kita dpt pasal dia tp kalau dia nk curang ka apa, dia ttp akn buat. so girls out there, be careful sbb smua bnda ni kita x expect. kita hnya mampu merancang n ALLAH yg tetapkan. ok bnyi dh mcm ustazah kn. haha.
Serba sikit pasal istanbul yg aku dpt dari wikipedia, nak tau lbh bolehla google :D
Istanbul (B. Turki: İstanbul, B. Greek:Κωνσταντινούπολις Konstantinoúpolis) ialah bandar raya yang terbesar, serta juga pusat kebudayaan dan ekonomi Turki. Bandar raya ini yang merupakan ibu negeri Wilayah Istanbul terletak di 41° U 28° T pada Selat Bosphorus, dan merangkumi pelabuhan asli yang dikenali sebagai Golden Horn (bahasa Turki: Haliç) di barat daya negara.
Bandar raya ini terpilih menjadi salah sebuah Ibu Negara Kesenian Eropah pada tahun 2010. Kawasan-kawasan bersejarah Istanbul dirangkumkan dalamTapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1985. Pada tahun 1923 berikutan penubuhan Republik Turki, ibu negara dipindahkan ke Ankara.
Bandar raya Istanbul telah diberikan berbagai-bagai nama pada sepanjang sejarahnya, bergantung kepada kebudayaan, bahasa, dan agama raja-rajanya. Byzantium, Constantinople, dan Stambouladalah beberapa contoh yang masih digunakan secara meluas di sesetengah negara. Antara lain, it juga dipanggil "Rom Baru" atau "Rom Kedua" kerana Constantine Agung, Maharaja Rom, mengasaskan kota ini di atas tapak Byzantium, kota Yunani, sebagai ibu negara yang kedua, ibu kota Kristian untuk Empayar Rom, berbanding dengan Rome yang umumnya bersifat jahiliah.
Istanbul telah diberikan nama samaran "Bandaraya Tujuh Bukit" semenanjung bersejarah, bahagiannya yang tertua, dibina oleh Constantine di atas tujuh buah bukit untuk menandingi tujuh buah bukit Rom. Bukit-bukit tersebut dilambangkan dalam jata bandar raya melalui tujuh buah masjid.[3] Lagi satu nama samaran Istanbul yang lama ialah Vasileousa Polis (Permaisuri Kota-kota), nama yang membayangkan kepentingan dan kekayaan Istanbul pada sepanjang Zaman Pertengahan.
Melalui sebuah edik pada 28 Mac 1930, pihak berkuasa Turki secara rasmi meminta orang asing supaya jangan merujuk kepada Istanbul dengan nama-nama tradisional yang bukan Turki, umpamanya Constantinople, tetapi menggunakan nama "Istanbul" sebagai nama yang tunggal dalam semua bahasa asing.
![]() |
| masjid kat sana. seriously indah and buat aku terpegun :D |







No comments:
Post a Comment